Carian...

Thursday, May 3, 2012

Pena Bebas : Tahniah Tun Mahathir (Tun M)

1. Negarawan yang aku kagumi. Diserang oleh pihak pembangkang dari segenap sudut namun beliau tetap sabar dan tenang.

2. Baru baru ini sempat mendengar ucapan beliau berkaitan Islam dan cabaran masa kini.

3. Dalam menangkis serangan dari pihak pembangkang beliau tetap tenang dan sabar. Tiada ungkapan keji atau cacian dibalas kepada pihak yang jelan mencaci dan menghina beliau. Dalam banyak perkataan yang beliau sebutkan berkaitan, berulang kali beliau menyeru agar umat Islam bersatu.

4. Aku terfikir sejenak memikirkan sudut pandangan lain iaitu dari perspektif pembangkang. Pemimpinnya berjubah, berkopiah malah berserban namun ungkapan dan cacian tidak terlepas dari lidah mereka dalam apa juag ceramah dan ucapan.

5. Ini sebenarnya menyebabkan dunia dan umat bukan Islam telah tersalah pandang tentang Islam. pandangan beberapa rakan jelas mengambarkan ajaran Islam itu adalah ganas, boleh mencaci, , perlu ada kelompok dan boleh melabelkan seseorang walupun dengan perkataan anjing atau apa jua.

6. Saya amat terkejut dengan luahan rakan yang bukan Islam ini. Terlintas difikaran saya, bagaimana pula perbualan sesama mereka yang bukan Islam kalau perkara yang begini sensitif berani diluahkan kepada saya.

7. Saya tidak terus menyangkal ungkapan beliau, kerana pada hemat saya menafikan perbuatan mereka yang dianggap pemimpin agung dikalangan umat Islam di Malaysia adalah satu yang pasti sukar. Kalau benar itu salah di sisi Islam kenapa ramai yang mengikut rentak mereka ini malah turut mempraktikkan.

8. Sama sama kita fikirkan hal ini dari perspektif bebas agar kita bertemu jawapan kepada seruan Islam agar menghindarkan perkara yang tidak baik dan seterusnya kembali bersatu.

9. Inilah yang saya kagum dengan tun Mahathir. Pada penghujung usia, beliau masih terus dengan usaha untuk melihat umat Islam agar bersatu dan bekerjasama.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...