Carian...

Thursday, May 3, 2012

Pena Bebas : Benih Keganasan Islam Di Malaysia

Saya agak tertarik dengan ulasan blog ini...

Sumber : blog Lidah Bisa

1. Biarlah lidah bisa memulakan tulisan ini dengan meluahkan apa yang Lidah Bisa rasa dan pendam di dalam hati.

2. Lidah Bisa amat sedih dan terkilan melihat keamanan negara Malaysia, satu satunya negara Islam yang masih utuh semakin terhakis sedikit demi sedikit dan tidak mustahil akan di 'Ragut" sepenuhnya satu hari nanti. memikirkan hal itu Lidah bisa sebak mengenangkan nasib anak bangsa serta anak cucu kita nanti.
3. Bermula dengan laungan hak asasi manusia yang jelas banyak menafikan landasan agama, kini laungan demokrasi dan reformasi digunakan sebagai senjata utama. Walau pun ramai tahu akan hal ini adalah perbuatan 'orang luar' namun mereka yang mencintai keamanan tidak tergamak menggunakan kekerasan sebagai penunjuk balas bagi memperlihatkan lebih ramai berada di sebelah pihak yang lain (cintai keamanan).

4. Contoh mudah. BERSIH 3.0. melaungkan demokrasi yang adil dengan menjadikan SPR (suruhanjaya pilihanraya) segagai kambing hitam, tuntutan mereka amatlah mencabar kewarasan akal dengan situasi yang sedang dan telah berlaku.

5. Dengan kemenangan 5 buah negeri merela masih mengatakan bahawa SPR tidak telus dan adil. Bukan itu sahaja, malah 70% pilihanraya kecil telah dimenangi oleh pihak ini yang turut masih meletakkan SPR sebagai pihak yang tidal adil. Bolehlah dilihat, ini bukanlah matlamat utama mereka. Pasti ada agenda tersendiri.

6. Peningkatan gaya dan tindakan juga boleh dipersoalkan. Benih benah KEGANASAN telah mula tersemai dalam jiwa mereka yang sebenarnya mengalami krisis identiti. Apa tidaknya hanya rakyat Islam di Malaysia yang belum lagi boleh dilabelkan sebagai ganas dimata dunia. Apatah lagi dengan kejutan pembelian hartanah utama dunia oleh syarikat milikan orang Islam dari Malaysia yang jelas bertoleransi dengan sesiapa sahaja. Bukankah itu akan meningkatkan Imej umat Islam yang pasti ada pihak tidak mengemarinya.

7. Dilihat kepada senario dunia, kebanyakan negara Islam jatuh bukannya dihapuskan oleh anasir luar. Kejatuhan mereka adalah kerana anasir dalaman. Apa yang berlaku di dunia asia barat adalah contoh jelas yang nampaknya dipandang sepi oleh rakyat negara ini.

8. Inilah kelebihan pada barat yang telah nampak bahawa puak yang kononnya kuat agama adalah golongan yang paling mudah untuk di eksploitasi. Namun, hakikatnya golongan yang menganggap diri mereka kuat agama ini telah melanggar 'Arahan' daripada Allah yang jelas menyatakan supaya bersederhana dalam apa jua yang dilakukan Termasuklah Beragama. Kerana ini lah akibat daripada keterlaluan...

9. Semoga kita melihat hal ini lebih kepada kesan dan akibat kalau pun bukan kepada diri tapi lihatlah kesan dan akibatnya kepada Islam. Maka, janganlah kita hanya 'tengadah' dan melenting apabila Islam dilabelkan sebagai ganas. Ada kebenarannya... dan harap kita bukanlah antara penyumbang kearah itu..


10. kalau nak ikut Lidah Bisa ini... Makanya Lidah Bisa mengutuk keras atas apa yang dilakukan oleh pemimpin pembangkang yang jelas menyintai huru hara di negara ini... "tak kan bodoh sangat hingga tak boleh nak jangka perhimpunan yang disemai semangat dan kebencian akan berakhir dengan hal yang kurang elok" kalau tak boleh fikir itu.. baik tak payah jadi pemimpin la...

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...