Carian...

Wednesday, May 2, 2012

Salam Perkenalan dari Pena Bebas...

1. Salam perkenalan saya ucapkan kepada semua pembaca. Semoga perkenalan kita tidak berakhir di sini.

2. Saya mulakan dengan penyataan bahawa saya turut tergerak hati dalam menyumbang pandangan di alam maya setelah melihat banyak artikel di alam maya yang menjurus kepada pihak tertentu. Makanya... saya berpendapat sepatutnya ada pihak yang boleh memberikan pandangan secara BEBAS dan Neutral dari kekangan dan desakan atau keterikatan kepada pihak tertentu dalam mengutarakan pandangan mereka.

3. Hal ini sangat perlu memandangkan banyak kecelaruan pandangan dan idea yang berlaku pada masa ini. Ilmu kini bukan lagi menjadi satu senjata dalam memutuskan betul salah sesuatu perkara. Ia lebih dipengaruhi oleh kefanatikan seseorang kepada pemimpin menjadikan apa sahaja yang mereka ucapkan adalah Benar dan tidak boleh dipertikaikan serta ungkapan mereka ibarat WAHYU dari Allah.

4. InsyaAllah... dalam usaha ke arah ini saya akan cuba memberikan pandangan dari sudut yang mungkin berbeza agar dapat memberikan peluang kepada sesiapa yang ingin mencari pandagan telus dari sudut fakta dan cara.

5. Bukanlah saya terlalu bijak untuk berbuat demikian namun, saya merasakan ianya perlu agar kita dapat melihat sesuatu isu dan perkara dengan lebih Adil dan saksama. Seterusnya bolehlah mengelakkan eksploitasi terhadap banyak isu apatah lagi ia melibatkan hal Agama dan akidah. Untuk mengelak bias terhadap tulisan saya, maka rasanya lebih molek agar saya tidak perlu memperkenalkan diri saya.

6. Untuk tujuan itu, teguran dan pandangan daripada pihak pembaca sekalian amat amatlah saya alu alukan supaya kita sama sama dapat menyumbang kearah yang lebih diredhai Allah.

7. harap Maklum

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...