Carian...

Thursday, May 3, 2012

Pena Bebas : Pengurusan MAS & Air Asia Vs Rakyat

1. Pertukaran saham antara MAS dan Air Asia GAGAL dan BATAL. Satu lagi langkah yang kelihatan berniat mengelirukan dan menyembunyikan sesuatu daripada rakyat.

2. Mungkin anda tertanya tanya kenapa saya berbicara sedemikian. Pada saya ianya amat mudah. Berbulan bulan MAS dan Air Asia mewar - warkan di media bahawa gabungan dan pertukaran saham itu adalah amat baik untuk untuk insdustri penerbangan negara. Tidak kurang juga laungan menyatakan ia akan meletakkan MAS dalam keadaan 'HITAM' pada masa terdekap seterusnya menambah pendapatan negara.

4. Namun, setelah beberapa ketika. Cadangan gabungan dan pertukaran saham tiba tiba diumumkan batal. Persoalan yang timbul kenapa program yang 'menjamin' masa depan MAS ini dibatalkan secara tiba tiba. Apakah pengurusan baru sedar ada sesuatu yang tidak kena setelah sekian lama. Kalau benar itu alasannya... kredibiliti pengurusan MAS bolehlah dipersoalkan.

5. Kita sedia maklum bahawa persatuan sekerja MAS membuat bantahan, dan bukan itu sahaja malah ramai 'taiko' penerbangan berasa was was dengan pertukaran saham walaupun memberikan sokongan terhadap cadangan pengabungan tersebut. Namun, ini pada awalnya tentangan ini dibidas oleh pihak pengurusan MAS yang kononnya bakal menjadi penyelamat kepada syarikat penerbangan nasional itu.

6. Sekali lagi persoalan yang timbul, kalau benar cadangan mereka ini bernas dan bakal menyelamatkan MAS. Kenapa dibatalkan. Jelas sekali pihak pengurusan MAS sedar akan akan hal itu namun dek kerana ada pihak berkepentingan, mereka terus membuat percubaan untuk meneruskannya usaha pertukaran saham yang mungkin menguntungkan hanya beberapa orang.

7. Rakyat... dalam kes ini kesatuan sekerja bukanlah terlalu jahil sehingga tidak boleh menilai. Bak kata Tun M sebentar tadi. Sesuatu yang menghairankan ialah,  MAS yang mendapat bantuan RM 3 Billion dari kerajaan pada tambang yang mahal sentiasa berada dalam keadaan rugi manakala sebaliknya berlaku kepada Air Asia. Jelas sekali pengurusan tertinggi 'ada masalah'.

8. Namun, apakah perkara ini akan dibiarkan sahaja sebagaimana penyelarasan yang KURANG CERDIK yang dilakukan terhadap gaji kakitangan awam dalam sistem SBPA. 

9. Apakah tiadak ada tindakan yang diambil terhadap pihak yang merancang, mencadang dan melaksana kedua dua kes ini yang jelas tidak cermat dan cerdik dalam membuat pertimbangan.

10. Satu lagi liabiliti yang terpaksa ditanggung kerajaan atas tindakan beberapa insan yang kurang cermat.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...