Carian...

Thursday, July 12, 2012

WAJIB CERAI ISTERI SOKONG UMNO!!





Sumber (Gelombang Rakyat)
Seolah2 menjadi satu budaya. Mana2 isteri yang bersuamikan seorang Penyokong PAS wajib mentaati perjuangan politik suami. Jikalau si isteri menyokong parti lawan apatah lagi UMNO, maka akan diturunkan talak ke atas isteri masing2.

Fatwa sebegini memesongkan. Semua ini gara2 mahu membuktikan kesetiaan penyokong terhadap 'perjuangan' Pakatan pimpinan Anwar yang menimbulkan persepsi terburuk kononnya apa yang disebut mengamalkan pemerintahan ala2 Gaddafi.

Berikut merupakan petikan dari Utusan Online : -

Usia perkahwinan yang menjangkau 14 tahun sepatutnya menjadikan hubungan kasih sayang antara suami isteri semakin erat.

Namun hanya disebabkan perbezaan fahaman politik, perasaan cinta yang terjalin hilang sekelip mata sehingga si suami sanggup menceraikan insan yang menjadi sebahagian daripada hidupnya.

Itulah nasib yang menimpa Che Hasnah Che Ahmad, 61, seorang guru agama di Kampung Chabang Tiga, Chetok, Pasir Mas, apabila suaminya, Yahaya Ibrahim, 78, menganggapnya sebagai sesat kerana  tidak menyokong Pas dan menceraikannya dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...